Showing posts with label Masak2. Show all posts
Showing posts with label Masak2. Show all posts

Friday, July 30, 2010

Pulut Seri Kaya Bakar

Bahan-bahan Lapisan Bawah:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
Sedikit garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:

5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Untuk lapisan bawah, bersihkan pulut dan tuskan. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersama santan serta sedikit garam, dan kukus hingga masak.

2. Tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang hingga padat dan ketepikan.

3. Untuk lapisan atas, campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas, kemudian kacau hingga sebati sebelum ditapis dan dituangkan ke atas pulut.

4. Kukus sekali lagi hingga lapisan atas masak, kemudian bakar dalam ketuhar dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 120 darjah Celsius selama 3 - 5 minit.

5. Bila sudah siap, biarkan sejuk baru dipotong dan dihidangkan.n

Udang Masam Manis

Udang Masam Manis

BAHAN-BAHAN:

300 gm udang (saiz besar)

1 sudu kecil bawang putih

1 labu bawang besar

20 gm halia (hiris)

1 tangkai cili merah (hiris)

3 sudu besar minyak masak

2 sudu kecil cuka

5 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil kicap cair

1/2 sudu besar kicap pekat

Daun bawang (potong panjang)

1 biji telur

Sedikit minyak bawang putih

Gula dan garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1) Terlebih dahulu goreng udang dengan tepung Wzi.

2) Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili merah hingga naik bau.

3) Kemudian masukkan cuka, sos tomato, kicap cair dan pekat.

4) Kacau rata dan masukkan telur. Kacau hingga telur hancur.

5) Masukkan udang tadi dan minyak bawang putih. Tumis sehingga udang masak.

6) Akhir sekali taburkan bawang putih.

Telur Semarang

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur rebus
3 cawan santan sederhana pekat
3 tangkai cili merah - tumbuk kasar
1 labu bawang besar - tumbuk
4 biji buah keras - tumbuk
1 sudu besar ketumbar - tumbuk
2 helai daun limau purut

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Tuangkan santan, masukkan telur dan daun limau purut.

3. Rasakan dengan garam. Biarkan ia mereneh sehingga kuah pekat.

Saturday, May 1, 2010

Siakap Kukus Taucu Yang Enak














Bahan-bahan:

3 gm cili padi (potong)
5 gm cili merah (potong nipis)
5 gm saderi (potong nipis)
3 gm bawang putih (mayang)
3 gm halia muda (mayang)
3 sudu kecil taucu
3 sudu kecil sos soya
3 biji buah plum
4 gm bawang merah (mayang)
2 sudu kecil sos plum
30 gm gula
1 ekor ikan siakap

Cara membuat:

1. Bersihkan ikan kemudian dipotong nipis.
2. Susun kepingan ikan yang telah dipotong ke dalam pinggan.
3. Taburkan semua bahan di atas ikan.
4. Kukus sehingga ikan tadi masak.
5. Hidangkan ketika ikan masih panas.

Siakap Kukus Kuah Tumis

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (bersihkan)
1 sudu kecil minyak bijan
150 ml air rebusan ayam
Garam,gula & lada sulah secukup rasa

Bahan kisar:

10 gm halia
10 gm bawang merah
10 gm cendawan hitam
15 gm taucu

Cara menyediakan:

1. Ikan dikukus sehingga masak

2. Satukan kesemua bahan kisar. Kacau perlahan-lahan di atas api perlahan sehingga menjadi pekat.

3. Masukkan air rebusan ayam, garam, gula dan lada sulah.

4. Akhir sekali tuangkan di atas ikan dan hidangkan.

Kari Kapitan

BAHAN-BAHAN:

4 ketul ayam

BAHAN TUMBUK:

5 gm belacan
1 batang serai
6 biji buah keras
3 cm halia muda
3 cm kunyit
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Minyak masak

BAHAN B:

125 ml santan cair
250 ml santan pekat
3 sudu besar gula
Sedikit lada hitam
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.

2. Tuangkan santan cair dan masak hingga ayam empuk.

3. Kemudian tuangkan santan pekat. Kacau hingga mendidih. Tambahkan gula, garam dan lada hitam.

Dendeng Paru Tiga Rasa

Bahan A:

300 gm paru
250 gm hati lembu
250 gm daging lembu

Bahan B:

1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan cili kisar

BAHAN C:

3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit
2 batang serai

BAHAN LAIN:

Minyak
1 cawan santan
Kulit kayu manis
3 sudu besar kerisik
Garam
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus bahan A hingga lembut. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan separuh bahan kisar, bahan B dan bahan C, masak selama setengah jam.

2. Panaskan setengah cawan minyak dalam kuali dan goreng bahan perap hingga garing dan ketepikan.

3. Panaskan setengah cawan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis dan lebihan bahan kisar, lebihan bahan B serta lebihan bahan C, hingga naik bau.

4. Masukkan air asam jawa, kerisik dan santan. Kacau rata hingga mendidih.

5. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau balikkan dan tabur dengan bawang goreng. Hidangkan.