Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Buah Melaka

 
Bahan-bahan (Utk 20 biji):

10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
2 ketul gula melaka
2 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
secubit garam- digaulkan bersama kelapa





Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut dan tidak melekat di tangan. (agak2 boleh dicubit)
2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. Masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm digaul dgn kelapa yang telah digaul dengan garam terlebih dahulu.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Biskut Gajus

Bahan-bahan:

2 biji kuning telur
180 g gula halus
280 g mentega
320 g tepung gandum
120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
2 biji kuning telur } utk disapu




Cara penyediaan:

Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla, kacau sebati. Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati.
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak.
Sejukkan di atas cooling rak kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

Tart Nenas

Bahan-bahan:

250gm Butter SCS
2 sudu besar susu pekat manis F&N
1 sudu besar minyak sapi ghee
sedikit garam halus
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
sedikit vanillin


500gm tepung gandum (atau kurangkan sedikit untuk kelembutan)
sedikit baking powder
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
sejuring limau nipis
daun pandan





Cara penyediaan:

Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga sebati dan lembut.
Jem Nenas:
Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla dan limau nipis. Kacau tanpa henti hingga likat.

Buah Rotan

Bahan-bahan:

4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa
Sedikit bijan
Minyak masak untuk menggoreng






Cara penyediaan:

Tepung gandum digaul dengan telur.
Masukkan santan dan uli hingga sebati.
Apabila sudah sederhana lembut, bulat-bulatkan sebesar guli.
Golek-golek atas bijan.
Goreng hingga kekuningan.

Kuih Siput


Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
250 gram marjerin
½ gelas air
1 sudu jintan manis
6 ulas bawang merah
1 tangkai cili hidup
Sedikit udang kering
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng



Cara penyediaan:

Marjerin dan air dipukul hingga sebati. Ketepikan.
Jintan manis, bawang, cili dan udang kering dikisar halus.
Campurkan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan marjerin dan air yang
dipukul tadi.
Masukkan tepung sedikit demi dedikit hingga menjadi adunan yang lembut.
Masukkan daun kari.
Ambil sedikit adunan dan lenyekkan di atas acuan kuih siput. Goreng hingga masak.

Bahulu

 Bahan-bahan:

10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula



Cara Penyediaan:



Pukul telur dan gula sehingga kembang. Campurkan sedikit tepung
dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan
terlalu cair. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur
tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan
adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga
bahulu kuning keemasan.

Shortbread Cookies





Bahan biskut

240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas

500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :
Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan ‘cutter’ ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.

Masukkan semula alat ‘cutter’ ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut ‘cutter’ dan simpan biskut dalam bekas kedap udara