Monday, May 3, 2010

Chelsea Vs Liverpool 2 - 0


LAMPARD menjaringkan gol kedua Chelsea pada perlawanan menentang Liverpool malam tadi.



LIVERPOOL - Chelsea menghampiri gelaran juara Liga Perdana England setelah berjaya menewaskan Liverpool 2-0 di Anfield malam tadi.

Mereka turut dihadiahka gol pembukaan hasil kesilapan kapten Liverpool, Steven Gerrard.

Hantaran ke belakangnya kepada penjaga golnya, Pepe Reina berjaya disambar Didier Drogba yang mudah meledak gol pertama Chelsea pada minit ke-34.



Frank Lampard memastikan kemenangan milik pasukan pelawat setelah menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-54.

Ia merupakan kemenangan sulung Chelsea di Anfield sejak kali terakhir melakukannya pada Oktober 2005 iaitu sewaktu musim terakhir mereka muncul juara liga.

“Ini merupakan langkah yang cukup penting dalam per saingan memburu kejuaraan liga. Kami beraksi cukup baik dan wajar untuk menang.

“Kami gembira kerana ia merupakan suatu tugas sukar berdepan Liverpool tetapi secara taktikal kami telah melakukan yang terbaik,” kata pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.

Chelsea berkemungkinan mampu meraih kejuaraan berganda musim ini andai mereka berjaya menewaskan Portsmouth pada final Piala FA, 15 Mei depan.

No comments:

Post a Comment